P

PSP HAMKA

Sistem Tempahan Bilik & Ruang

đŸ›ī¸ Senarai Bilik & Kapasiti Rasmi

Waktu Tempahan: 07:00 – 17:00 (Maksimum 2 jam)
Bilik Seminar 1
130 orang
Bilik Seminar 2
150 orang
Bilik Tayangan
60 orang
Bilik Mesyuarat
20 orang

📝 Borang Tempahan Bilik

Sila lengkapkan semua butiran di bawah

dd/mm/yyyy

Pilih tarikh (contoh: 12/11/2026).

âąī¸ Tempoh Tempahan: 60 minit (Maksimum 2 jam)

📅 Senarai Tempahan Bilik

Disusun mengikut tarikh & masa secara kronologi

Memuat turun senarai tempahan...

đŸŒŋ Tempahan hanya antara 07:00 hingga 17:00. Maksimum 2 jam bagi setiap sesi.
📋

PERATURAN TEMPAHAN, PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN BILIK AKADEMIK

Sila baca dan patuhi ketetapan rasmi ini sebelum membuat tempahan

Semua pemohon, penganjur, dan pengguna adalah diwajibkan untuk mematuhi ketetapan berikut:
A

PROSEDUR TEMPAHAN DAN PEMBATALAN

1. Tempoh Tempahan Awal

Permohonan tempahan bilik mestilah dikemukakan sekurang-kurangnya sehari (24 jam) sebelum tarikh penggunaan bagi memudahkan urusan penyelarasan jadual.

2. Tempahan selepas waktu akademik (selepas 5.00 petang)

Permohonan tempahan bilik selepas waktu akademik perlulah melalui Guru Media.

3. Pengesahan dan Kelulusan Tempahan

Setiap permohonan tertakluk kepada kekosongan ruang dan hanya dianggap sah setelah mendapat kelulusan serta pengesahan rasmi daripada pihak pentadbir (Admin).

4. Pemakluman Pembatalan Tempahan

Sekiranya kelas atau program dibatalkan, pemohon wajib memaklumkan pembatalan tersebut kepada pihak pentadbir dengan kadar segera agar ruang tersebut dapat dibuka semula untuk kegunaan pihak lain.

B

PENGGUNAAN, KESELAMATAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Larangan Makanan dan Minuman

Makanan dan minuman adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam bilik akademik, kecuali air mineral bertutup.

2. Etika Pemakaian

Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi etika pemakaian sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan oleh pihak institusi.

3. Penjagaan Peralatan dan Fasiliti

Segala peralatan seperti projektor, microfon dan PA system hendaklah dikendalikan dengan cermat. Sebarang pengalihan peralatan atau perubahan sambungan wayar tanpa kebenaran Guru Media adalah dilarang.

4. Kebersihan dan Susun Atur

Pengguna bertanggungjawab menjaga kebersihan ruang serta memastikan semua kerusi dan meja disusun semula ke kedudukan asal sebelum meninggalkan bilik.

5. Penutupan Suis dan Keselamatan

Pengguna terakhir wajib memastikan semua suis lampu, penghawa dingin, dan peralatan elektrik dimatikan, serta pintu bilik ditutup rapat selepas sesi tamat.

6. Pemulangan Kunci

Kunci bilik mestilah dipulangkan dengan segera ke pejabat keselamatan sejurus selepas sesi berakhir (kelas selepas jam 5.00 petang).

7. Tanggungjawab dan Ganti Rugi

Pihak pemohon atau penganjur akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas sebarang kehilangan, kecurian, atau kerosakan harta benda akibat kecuaian semasa tempoh tempahan berlangsung.